KLUSTER PENDIDIKAN

empowering education, building futures

PENGENALAN KLUSTER PENDIDIKAN

Kluster Pendidikan Yayasan Ar Riduwan memberi tumpuan kepada usaha memperluas akses pendidikan kepada golongan asnaf, fakir miskin, B40 dan anak yatim melalui kerjasama dengan institusi pendidikan yang berdaftar.

Pelaksanaan program merangkumi pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan tahfiz dan keagamaan, bantuan yuran persekolahan serta asrama, program Back To School dan pembangunan kemahiran melalui pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).

Yayasan Ar Riduwan komited membantu melahirkan generasi berilmu, berakhlak, berkemahiran dan berupaya membina masa depan yang lebih baik.

OBJEKTIF KLUSTER PENDIDIKAN

  1. Memperluas peluang pendidikan kepada golongan asnaf, B40, fakir miskin dan anak yatim.

  2. Menyediakan peluang pendidikan tahfiz dan keagamaan melalui kerjasama institusi berdaftar.

  3. Membantu pembayaran yuran persekolahan, yuran bulanan dan asrama pelajar yang layak.

  4. Menyediakan bantuan kelengkapan persekolahan melalui Program Back To School.

  5. Memperkasa pendidikan kemahiran dan TVET bagi meningkatkan potensi serta kebolehpasaran pelajar.

yayasan ar riduwan pendidikan poster

PROGRAM UTAMA KLUSTER PENDIDIKAN

Pendidikan Awal Kanak Kanak Ceria 1
Tahfiz And Islamic Education Pathways
yarcare educational support poster
yarcare back to school poster
YARCARE Vocational Skills Infographic

GALERI AKTIVITI KLUSTER PENDIDIKAN.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN YARCARE

Yayasan Ar Riduwan menyediakan kemudahan permohonan bantuan pendidikan kepada golongan asnaf, fakir miskin, B40, anak yatim dan pelajar yang memerlukan.

Bantuan merangkumi pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan tahfiz dan keagamaan, yuran persekolahan dan asrama, kelengkapan persekolahan serta pembangunan kemahiran dan TVET.

Setiap permohonan tertakluk kepada semakan dokumen, penilaian kelayakan dan pertimbangan pihak Yayasan berdasarkan sumber bantuan yang tersedia.

Permohonan adalah percuma.