Kesihatan / 01
Sokongan Kesihatan untuk Komuniti
“Yayasan Ar Riduwan berusaha meringankan beban pesakit dan keluarga yang memerlukan melalui inisiatif bantuan kesihatan. Bantuan tertakluk kepada penilaian keperluan, dokumen sokongan dan kemampuan dana yayasan.”
Kesihatan/ 02
Sokongan Pesakit dan Keluarga
Membantu meringankan beban pesakit dan penjaga melalui pertimbangan bantuan keperluan perubatan serta sokongan kebajikan. Setiap permohonan dinilai berdasarkan dokumen sokongan dan kemampuan dana yayasan
Kesihatan / 03
Kesedaran Kesihatan Komuniti
Menggalakkan masyarakat mengambil berat tentang kesihatan diri dan keluarga melalui perkongsian maklumat serta aktiviti kesedaran. Maklumat program dan penyertaan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi yayasan.
KEMPEN SUMBANGAN BANTUAN KESIHATAN
Yayasan Ar Riduwan mengalu-alukan sokongan masyarakat bagi menjayakan Kempen Infaq Bantuan Kesihatan.
Sumbangan yang diberikan akan membantu usaha menyediakan peralatan perubatan, keperluan pesakit, bantuan rawatan dan sokongan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.
Setiap sumbangan membawa makna dalam meringankan beban pesakit dan keluarga.
Galeri kami Aktiviti Bantuan Kesihatan








































































































































































