KLUSTER KESIHATAN

healthcare support banner with hospital scene

VIDEO PROMOSI KLUSTER KESIHATAN

PENGENALAN KLUSTER KESIHATAN

Kluster Kesihatan Yayasan Ar Riduwan memberi tumpuan kepada usaha membantu golongan yang memerlukan mendapatkan akses kepada keperluan asas perubatan, peralatan bantuan kesihatan dan sokongan rawatan.

Inisiatif ini merangkumi bantuan kepada golongan asnaf, fakir miskin, B40, warga emas, orang kurang upaya (OKU), masyarakat pedalaman dan individu yang memerlukan bantuan kesihatan.

Pelaksanaan program turut memberi perhatian kepada penyediaan peralatan perubatan serta kerjasama program Klinik Bergerak bagi membantu masyarakat di kawasan pedalaman dan komuniti Orang Asli.

OBJEKTIF KLUSTER KESIHATAN

  1. Membantu menyediakan keperluan asas perubatan.
  2. Menyalurkan peralatan bantuan kesihatan kepada golongan memerlukan.

  3. Membantu kos rawatan dan pembedahan mengikut keperluan.

  4. Melaksanakan kerjasama program Klinik Bergerak

health care support poster

SKOP BANTUAN PERUBATAN

hospital bed assistance poster
wheelchair mobility support poster
underarm crutches mobility support guide
adult diaper product poster
oxygen concentrator support poster
hospital treatment cost support poster

Program Klinik Bergerak YARCARE

Program Klinik Bergerak YARCARE merupakan inisiatif Yayasan Ar Riduwan untuk membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada masyarakat, khususnya penduduk kawasan pedalaman, komuniti Orang Asli dan golongan yang memerlukan.

Pelaksanaan program ini dirancang melalui kerjasama dengan pihak berkaitan termasuk fasiliti dan agensi kesihatan bagi memperluas akses kepada pemeriksaan serta perkhidmatan kesihatan asas.

SKOP PERKHIDMATAN KLINIK BERGERAK

  1. Pemeriksaan kesihatan asas kepada masyarakat.

  2. Saringan kesihatan mengikut keperluan dan kerjasama pihak kesihatan.

  3. Khidmat nasihat serta pendidikan kesihatan komuniti.

  4. Rujukan kepada fasiliti kesihatan berkaitan apabila diperlukan.

yarcare mobile clinic community care poster

GALERI AKTIVITI KLUSTER KESIHATAN

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KESIHATAN

Yayasan Ar Riduwan membuka permohonan bantuan kesihatan kepada golongan asnaf, fakir miskin, B40, warga emas, OKU dan individu yang memerlukan sokongan perubatan.

Setiap permohonan akan melalui proses semakan dokumen, penilaian keperluan dan pertimbangan pihak Yayasan berdasarkan kelayakan serta kemampuan sumber bantuan yang tersedia.