Yayasan Ar Riduwan komited melaksanakan agenda kemanusiaan melalui lima kluster utama yang memberi tumpuan kepada kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan ekonomi dan perundangan.
Kami berusaha menyantuni golongan asnaf, fakir miskin, B40, anak yatim, masyarakat pedalaman dan golongan yang memerlukan melalui program bantuan serta pembangunan komuniti secara berterusan.