KEMPEN PEMBELIAN VAN JENAZAH

yarcare van jenazah charity campaign

SASARAN KUTIPAN

RM350,000

JUMLAH TERKUMPUL: BELUM DIKEMAS KINI
RM 1000 21%
yayasan ar riduwan van jenazah campaign

TENTANG KEMPEN

Bersama Menyempurnakan Urusan Terakhir dengan Penuh Ihsan

Yayasan Ar Riduwan melaksanakan Kempen Pembelian Van Jenazah bagi mengumpul dana untuk menyediakan kemudahan pengangkutan jenazah kepada masyarakat yang memerlukan.

Objektif Kempen:

  • Membantu masyarakat dengan perkhidmatan van jenazah percuma kepada semua yang beragama islam bagi urusan jenazah, kapan sehingga pengembumian

  • Menyediakan kemudahan pengangkutan jenazah yang sesuai, selamat dan teratur.

  • Menyokong keperluan pengurusan jenazah di masjid, surau, hospital dan komuniti.

  • Mengurangkan beban pengangkutan kepada keluarga yang memerlukan.

  • Menyediakan aset kebajikan untuk kegunaan komuniti secara berterusan.

Sasaran Kutipan: RM350,000

Dana yang dikumpulkan dirancang untuk pembelian van, kelengkapan pengurusan jenazah dan persediaan operasi, tertakluk kepada kelulusan serta perincian kos sebenar.

SPESIFIKASI CADANGAN VAN JENAZAH

 

  • Van baharu atau kenderaan yang sesuai, tertakluk kepada penilaian harga dan keperluan.

  • Ruang khas pengangkutan jenazah yang bersih, selamat dan teratur.

  • Pengusung jenazah serta sistem pengikat keselamatan.

  • Sistem penghawa dingin yang bersesuaian.

  • Kelengkapan kebersihan dan keselamatan.

  • Identiti rasmi Yayasan Ar Riduwan / YARCARE pada kenderaan.

  • Perlindungan insurans, pendaftaran dan keperluan operasi berkaitan.

Spesifikasi akhir tertakluk kepada sebut harga pembekal, penilaian teknikal dan kelulusan pengurusan Yayasan.

PILIHAN SUMBANGAN

RM30

Infaq Sokongan

RM100

Infaq Kemudahan

RM300

Infaq Bersama

RM1000

Infaq Istimewa

GALERI CADANGAN VAN JENAZAH

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apakah tujuan Kempen Pembelian Van Jenazah?

Kempen ini bertujuan mengumpul dana untuk menyediakan Van Jenazah Yayasan Ar Riduwan bagi membantu pengangkutan jenazah untuk masyarakat yang memerlukan.

Sasaran kutipan Kempen Pembelian Van Jenazah Yayasan Ar Riduwan ialah RM350,000. Dana dirancang untuk pembelian van, kelengkapan berkaitan dan persediaan operasi, tertakluk kepada kelulusan pengurusan.

Klik butang SUMBANG SEKARANG pada halaman ini. Anda akan dibawa ke borang OnPay khusus Kempen Van Jenazah untuk memilih jumlah sumbangan dan melengkapkan pembayaran.

Yayasan merancang untuk mengutamakan bantuan kepada keluarga yang memerlukan. Dasar perkhidmatan percuma atau bersubsidi akan dimuktamadkan berdasarkan kelulusan dan kemampuan operasi.

Permohonan dirancang untuk dibuka kepada keluarga dan komuniti yang memerlukan, tertakluk kepada syarat kelayakan, kawasan liputan dan ketersediaan perkhidmatan..

Tarikh operasi belum ditetapkan. Pelaksanaan bergantung pada dana yang berjaya dikumpulkan, proses perolehan kenderaan dan persediaan operasi..

Satu Sumbangan, Banyak Manfaat kepada Masyarakat

BERSAMA KITA WUJUDKAN VAN JENAZAH YARCARE