PENDIDIKAN & TAHFIZ
ILMU DISEBARKAN, GENERASI DIBANGUNKAN
Selamat datang ke kategori Pendidikan & Tahfiz YARCARE AMAL MART, sebuah inisiatif Yayasan Ar Riduwan untuk menyediakan pelbagai bahan pembelajaran, buku-buku ilmiah, Al-Quran dan kelengkapan pendidikan bagi kegunaan masyarakat serta institusi pendidikan dan tahfiz.
Melalui platform ini, orang ramai boleh mendapatkan bahan pendidikan untuk kegunaan sendiri, keluarga, anak-anak dan institusi pengajian.
Pada masa yang sama, anda juga berpeluang menyertai usaha infaq dan tajaan bagi membantu pelajar tahfiz, anak yatim, golongan asnaf serta institusi pendidikan yang memerlukan.
PILIHAN ANDA, MANFAAT UNTUK RAMAI.
Setiap pembelian dan sumbangan membantu memperluaskan akses kepada ilmu pengetahuan dan pendidikan.
YAYASAN AR RIDUWAN
Bersama Menyantuni, Bersama Membina Komuniti.
